Disaat kita hidup
aman cukup makan tidur selesa, pernahkah kita berfikir tentang dosa
kita? Dosa besar dan kecil. Kita meminta diampunkan dosa kepada Allah,
namun terdapat dosa yang tidak akan diampun oleh Allah. Mari baca 6 dosa
yang tidak diampun ini.1- Makan harta anak yatim secara haram.(
untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti
membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada
anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya,
barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut
tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus).2- Menuduh wanita solehah berzina.(
Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita
tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa
tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya
wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak
boleh bertaubat kepada Allah SWT ).3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.(
Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak
layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang
lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan
Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).4- Melakukan sihir.<br><br>(
Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik
kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT
melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada
kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.(
Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui
niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka
dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua
Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud
barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang
telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan
Allah SWT).6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.(
Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah
kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah
mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek
Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah)
Home » Archive for 2016
Aku Akan Saman Dia (Wedding Planner)
Majlis perkahwinan hanya sekali seumur hidup. Jadi, adalah penting pasangan yang bakal mendirikan masjid ini mencari perkhidmatan wedding planner yang benar-benar jujur dalam memberikan perkhidmatan.
Namun pasangan ini terpaksa menanggung malu akibat wedding planner yang dilantik didakwa tidak amanah dan cuba meminta pembayaran di atas hasil kerja yang hanya siap separuh jalan. Bagaimanapun, pihak terbabit difahamkan enggan mengaku salah dan mengugut membuat laporan polis jika baki bayaran tidak dilangsaikan.
Baca aduan dari Amila Baszelan. Moga menjadi pengajaran bagi bakal-bakal pengantin agar lebih berhati-hati memilih perkhidmatan seperti ini.
Dah lama pendamkan hal ini. Tetapi sebab baru-baru ini DJ majlis wedding aku dah mula post pasal aku tak nak bayar payment pada bridal yang handle majlis aku, siap screenshot profile Facebook aku dan suami, jadi di sini aku nak counterback apa yang dia cakap tentang aku dan suami.
Aku jumpa wedding planner area Kuantan di group WhatsApp. Let's we all call her Nora. Perjanjian awal dulu dengan harga RM14,900, aku dijanjikan hidangan makanan RM9.90 untuk 500 pax, pakej pelamin RM4,000, DJ RM600 dan dewan yang mana dia quote RM4,700 yang mana mama dah mula rasa tak logik. Tetapi mama percayakan juga dia. Nora juga offer percuma pakej SPA sebelum dan selepas majlis, bilik hotel untuk satu malam, kaunter aiskrim dan berinai.
Sepanjang tempoh sebelum majlis itu, macam-macamlah yang berlaku. First of all, aku percaya dia sudah lama buat kerja bridal ini, cuma tiada butik sahaja. Barang-barang pelamin dia simpan dalam rumah. Okay, tak mengapa, aku niat nak tolong dia sekali alang-alang.
Baju pengantin kitorang pergi ke bridal-bridal lain untuk sewa tetapi butik-butik yang dia bawa, satu pun saya dan mama tak berkenan. Ada tetapi di Kemaman, jauh katanya. Akhir sekali Nora suruh aku pilih nak kain yang mana. Dia nak hantar jahit sendiri, alang-alang boleh jadi collection dia. Dengan tak ada kata kos tambahan apa-apa, aku pun pilihlah siap beritahu dia design yang aku nak.
Suatu hari yang lain pula, dia mesej aku, kata tukar katerer sebab dia ada kenal tukang masak katering. Aku pun okaykan saja sebab dia kata orang itu masak pun boleh tahan sedap. Hari lainnya pula dia mesej aku lagi beritahu meja untuk VIP hanya boleh dapat dua buah saja. Puncanya kami tak bayar katerer, jadi mereka tak nak bagi. Aku seperti, "What the heck?!". Boleh saja kan sediakan sebabnya selepas majlis masih kena bayar untuk kos yang sama juga. Tetapi aku sabar saja dan okay, fine. Apa-apa sajalah.
Seminggu sebelum majlis, dia baru nak tanya aku bila nak mandi bunga. Aku kata, Khamis sebab malam itu nak berinai. Esok malamnya akad nikah dah. Dia pun kata okay saja. Tiba hari Khamis, aku tanya bila aku boleh pergi SPA doa. Tetapi dia kata tak sempatlah nak SPA apa semua sebab dia sibuk buat persiapan. Dia kata aku patut buat SPA seminggu sebelum majlis.
"Masa saya kata nak buat hari Khamis, awak kata okay saja. Apa hal hari ini tak boleh pula?" bengang.
"Kalau mandi bunga sempatlah malam ini sebelum berinai," katanya.
Aku pun, fine. Aku buat sendiri facial sebab malas dah nak keluar pergi cari salun lain. Nora datang lewat malam hari Khamis itu. Sempat aku bakar brownies sebiji untuk goodies, tunggu dia kata nak datang selepas Asar. So confirmlah mandi bunga tak ada kan? Aku buat-buat tak ingat tentang mandi bunga dan teruskan berinai. Sudahlah inai itu awal-awal dia kata design simple saja. Wedding wei, bukan bertunang. Aku nak berhias sekali saja seumur hidup. Tetapi sebab aku baik, aku diam sajalah.
Selepas akad nikah, aku pergi ke dewan untuk tengok keadaan. Pelamin baru nak pasang. Kemudian Nora panggil aku ke tepi, minta turunkan tandatangan perjanjian yang mengatakan aku sudah bayar RM7,000. Aku baca betul-betul, tiada yang mengatakan aku kena bayar balance berapa. Tarikh pun aku tak tulis bila nak bayar balance itu.
Masa hari kejadian iaitu majlis persandingan aku, Sabtu 27 Ogos 2016. Aku tengah makeup, bila aku minta makcik aku WhatsApp gambar pelamin, DAMN! Simple gila! Pelamin tunang aku lagi cantik okay. Finelah kerusi bulan itu aku dan suami setuju nak guna (menyesal betul). Masalahnya hiasan pelamin tidak sepadan langsung dengan harga pakej yang dia bagi. Di Kuala Lumpur kalau pelamin RM4,000, meriah eksklusif dah. Aku dah mula rasa down. Masa itu aku terdetik nasib baik makeup ini makcik aku yang kerja makeup artis ini yang buatkan. Kalau harapkan si Nora itu cari orang, entah apa jadi dengan muka aku. Masa makeup itu juga Nora hantar mesej melalui WhatsApp kata dia tengah angkut makanan katering sebab katanya van katering rosak. Aku tak reply.
Sampai dewan, tunggu rombongan suami tiba. Aku try jenguk dalam dewan, orang tak ramai mana pun. Berarak masuk ke dalam dewan, toleh ke kanan, meja buffet dah kosong. Meja makan pun banyak kosong. Okay tak apa, duduk bersanding.
Tiba waktu nak makan beradab, cikai weh aku beritahu ni. Aku pernah part time katering kot. Meja makan pengantin dalam pakej RM450 tetapi hampeh. Ayam golek seekor, aku agak Nora beli depan butik dia. Yang lain semua menu katering. Sudahlah nasi keras, air dalam jug macam korang datang makan rumah aku. Pengapit yang kena berdiri hidangkan makanan. Di seberang meja, rombongan saudara suami aku dari Johor datang. Mak mertua aku cakap mereka tak dapat makanan. Terkejut aku, padahal mereka masuk itu baru dewan penuh.
Aku down lagi level 99999. Sudu nak makan tak ada. Senduk nak cedok lauk pun tak ada. Tunggulah pula adik aku pergi cari. Aku makan sikit saja. Tak ada selera betul. Padahal lapar. Aku perhati mama ke hulu hilir berborak dengan tetamu.
Selesai potong kek, sesi bergambar. Tetamu beransur, rombongan keluarga mertua aku balik. Aku ronda dewan, pergi pada mama dan saudara mara aku. Rupa-rupanya makanan habis jam 1 petang lagi. Mujur kawan mama, Umi Zira, terus pergi beli lauk masak sendiri di rumah dia sebaik saja dia tengok lauk katering mula-mula sampai dewan. Dia dah agak dah lauk tak cukup. Memang tak macam untuk 300 orang pun. Padahal order 500 pax. Jam 3 baru makanan sampai dewan semula. Menangis aku di bahu Umi kerana terharu dia bersusah payah untuk menolong majlis aku. Baik aku bayar dia kalau begini jadinya.
Nora? Batang hidung pun tak nampak. Sudhalah kata nak bagi kaunter aiskrim, langsung tak ada. Tisu, sudu, garfu nak makan bihun sup yang katerer sediakan, air mineral berkotak-kotak itu semua mama aku yang kena beli sendiri. Sakit hati gila rasa. Malu pada keluarga suami, keluarga aku sebab mereka datang dari Kelantan tetapi kena buat kerja macam pramusaji dah. Malu pada kawan-kawan aku yang datang dari jauh tetapi makanan dah habis. Malu, malu, mlau!
Aku sorok kesakitan hati dengan melayan saja cameraman, aku bersesi photoshoot. Selepas itu keluar pergi outdoor. Masa itu Tuhan saja yang tahu betapa seidhnya aku tengok saudara mara aku masih berada di dewan mengemas meja makan sebab katerer tak sediakan orang untuk bersihkan meja.
Selepas majlis, Nora dengan beraninya minta baki bayaran tanpa sebarang rasa bersalah. Dia langsung tidak bertanya apa feedback dari aku. Yang dia tahu bila aku nak bayar. Aku malas nak reply mesej dia, aku suruh dia deal dengan mama sebab yang membayar itu mama, bukan aku. Kami enggan pedulikan dia sehingga dia ugut nak buat laporan polis. Aku apa lagi, menyirap betul. Aku cakap pada dia, dia buat report, aku pun akan buat report. Aku akan saman dia sebab memalukan aku dan keluarga. Sudahlah aku kahwin sekali seumur hidup, tetapi macam ini yang aku dapat?
Lagi menyirap apabila aku post mortem dengan keluarga dapat tahu harga dewan RM3,500 saja okay! Makanan itu pun tak sampai 300 pax. Makan beradab macam hampeh. Lagi nak suruh kami buat bayaran habis? Kawan adik aku pun cakap wedding aku ini bernilai RM7,000 saja. Lagi nak aku bayar penuh RM14,9K? Macam mana kami tahu tetamu tak sampai 500? Kami buat goodies 400 sahaja dan itu pun banyak lagi yang tak habis. Tak sampai 300 pun tetamu. Mama dah lama buat bisnes katering dulu, kawan-kawan dia ramai katerer dan aku pun pernah kerja katering. Jadi part mana yang dia nak kencing kami?
Related Posts:
GEMPAR Ustaz KAZIM Rebah Di BACHOK KELANTAN Bukan SEBAB Serangan JANTUNG Tetapiiii Sugguh TAK Di SANGKA
TibaTba Ajak Shiro Pecah Lubang Cerita Apa Yang Berlaku Seminggu Sebelum Kematian Pakyus

Ini merupakan satu lagi kisah tentang keperibadian arwah Yus Jambu. Kisah ini dikongsikan oleh pelawak Ajak Shiro, slah seorang rakan baik Pak Yus.
Bagi Ajak Shiro, sebelum pemergian Yus Jambu, arwah Yus Jambu sempat menguji tahap persahabatan mereka berdua.
Ini komennya:
Minggu terakhir sebelum Pak Yus meninggal dunia, dia ada menelefon saya. Katanya ingin meminjam wang sebanyak RM5000. Tanpa banyak soal saya terus meminta nombor akaun bank miliknya agar saya dapat membantu. Pada fikiran saya ketika itu, mungkin Pak Yus benar-benar dalam kesusahan,
Selepas wang dimasukkan pada hari Rabu, Allahyarham berjanji akan membayar kembali pinjaman itu secepat mungkin. Tanpa disangka, pada hari Khamis Pak Yus meminta nombor akaun bank Ajak dan sebanyak RM4500 telah dimasukkan ke dalam akaun berkenaan sebagai bayaran balik.
Aku bayar hang lagi RM500 pada hari Jumaat sebab aku dah dapat duit Super Spontan (wang hadiah), kata arwah Yus Jambu.
Tanpa banyak soal, Ajak Shiro terus bersetuju walaupun tindakan Yus agak pelik. Pada hari Jumaat minggu lepas, Pak Yus menyerahkan wang tunai sebanyak RM500 di tangan Ajak. Sekali lagi, Ajak terasa pelik tetapi mengambil keputusan untuk berdiam sahaja.
Rupa-rupanya, Arwah Yus Jambu ternyata ingin menguji semangat setiakawan Ajak. Sebenarnya wang hadiah Super Spontan ketika itu sebenarnya masih belum diterima. Perkara itu diceritakan sendiri oleh Tauke Jambu kepada Ajak.
Tauke ada beritahu saya, Pak Yus ada memberitahunya yang dia ingin sekali berpasangan dengan Ajak jika Tauke tidak lagi bersamanya. Katanya, saya adalah benar-benar seorang kawan kerana sanggup membantunya. Tak sangka Pak Yus sebenarnya hendak menguji saya,kata Ajak yang masih bersedih dengan pemergian Allahyarham.
Ada satu kejadian yang pernah dilakukan Allahyarham untuk menguji Ajak. Pak Yus memanggil Ajak untuk meminta bantuan kononnya keretanya rosak.
Saya tanpa banyak soal terus mengikut Pak Yus. Rupa-rupanya kereta yang dimaksudkan adalah sebuah kereta prop,kata Ajak lagi. Ternyata Pak Yus amat mementingkan setiakawan dan sering menguji orang sekeliling untuk menilai sejauh mana erti persahabatan bagi mereka.
Related Posts:
TAHNIAHAngah Raja Lawak dan Amira Asyura Kini Sah Suami Isteri
Dengan sekali lafaz pelawak, pelakon dan pengacara Angah Raja Lawak,
38, sah bergelar suami kepada gadis pilihannya Amira Asyura Abd Razak,
20. Jutaan tahniah diucapkan kepada mereka berdua. Majlis pernikahan
telah berlangsung kira-kira jam 10.10 pagi tadi di Melaka Perdana Resort
Homes, Ayer Keroh. Pasangan itu dinikahkan oleh Imam 1, Masjid
Ar-Rahman Kampung Tun Razak, Mohamad Suhaimi Kassim dan berwalikan datuk
Amira, Adruss Omar.
Angah Raja Lawak telah memberikan wang hantaran RM15,000 dan mas kahwin berupa seutas rantai emas dan sebentuk loket berlian, Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim, turut membawa enam dulang hantaran dan di balas tujuh daripada pihak pengantin perempuan. Majlis resepsi kedua mempelai itu akan berlangsung esok di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka. Selamat pengantin baru diucapkan buat Angah dan Amira. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.
Angah Raja Lawak telah memberikan wang hantaran RM15,000 dan mas kahwin berupa seutas rantai emas dan sebentuk loket berlian, Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim, turut membawa enam dulang hantaran dan di balas tujuh daripada pihak pengantin perempuan. Majlis resepsi kedua mempelai itu akan berlangsung esok di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka. Selamat pengantin baru diucapkan buat Angah dan Amira. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.
Related Posts:
WOWwww!! Ini antara Keputusan SPM Artis-Artis Dan Selebriti MALAYSIA
WOWwww!! Ini antara Keputusan SPM Artis-Artis Dan Selebriti MALAYSIA
Pernahkah anda mengetahui keputusan SPM bagi artis kita? Jom saya kongsikan dengan anda keputusan artis kita. Ada yang mendapat keputusan yang cukup memberangsangkan. Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya.
Untuk pengetahuan, tahun 90an, SPM menggunakan aggregate untuk menilai. Dan aggregate yang dikumpul akan menentukan gred atau pangkat....
Semakin sikit aggregate semakin bagus la keputusan tersebut. Gred 1 pula adalah adalah lebih bagus dari gred 2 dan gred 3...
Ini sedikit sebanyak keputusan SPM artis
1. Neelofa – 10A (7A1 + 3A2), 2006
2. Syura – 3A spm. 2004
3. Siti Nordiana – 5A spm ,2000
4. Dato Fazley – Gred 1 Agregat 7
5. Diana Danielle - 2A 5B
6. Sheila Rusly – Gred 2
7. Fauziah Latif – Gred 3
8. Dato Siti Nurhaliza – Gred 2, Dikatakan mendapat tawaran Uitm Arau tetapi tidak lapor diri.
9. Syafinaz Selamat – Gred 1, Aggregate 8. SPM 1990
10. Nasha Aziz [Keputusan di bawah]
BM = A
BI = A
English 1119 = A
Mat Tambahan = B
Mat Moden = A
Fizik = A
Kimia = A
Biologi = A
Kesusasteraan Melayu = A
Kesusasteraan Inggeris = A
11. Najwa Latif – 4 A
12. Aishah – Gred 3
13. Christina Suzanne – ambil 2 kali, pertama gagal kedua lulus...
Ini lah antara keputusan SPM artis kita yang admin dapat. Syabas dan tahniah pada mereka.
Related Posts:
VIDEO Bila Datuk Siti Nurhaliza Menari Tarian Bollywood
Ramai selebriti yang hadir pada malam tersebut lengkap berpakaian seperti bintang Bollywood dan pelbagai acara yang menarik turut direncanakan buat mereka.
Antara artis yang hadir adalah Datuk Siti Nurhaliza dan beliau juga dijemput untuk menari tarian Bollywood bersama Rizman.
Meskipun kelihatan agak malu-nalau pada awalnya, Siti Nurhaliza cukup sporting apabila mula menari dengan bersahaja.
Jom lihat video comel Datuk Siti Nurhaliza ketika menari dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Sumber Video : Instagram ctdk
#Repost @rozisangdewi with @repostapp. ??? @ctdk dan Rizman khas utk #ruzainideqda
A video posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on Feb 14, 2016 at 8:01am PST
layankan jela yee??#Repost @rozisangdewi with @repostapp. ??? @ctdk dan Rizman part 2 #ruzainideqda
A video posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on Feb 14, 2016 at 8:09am PST
Hehehe.. Comel org sebelah saya tuu..#Repost @mr.lee_shah with @repostapp. ??? Memang comel sangat @ctdk @Regrann from @evashahrul Comel je @ctdk ? #rizmanruzaini @rizmanruzaini Wedding Ruzaini & Deqda. #ruzainideqda #sitinurhaliza #Regrann
A video posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on Feb 15, 2016 at 12:55am PST
Related Posts:
Rumah Tangga Dato Aliff Syukri Sedang Bermasalah
Namun, ada sesetengah pihak mula tertanya apakah yang sudah berlaku kepada pasangan ini selepas kedua-duanya memuat naik foto berserta kapsyen yang menggambarkan sedang menghadapi masalah rumah tangga dan berduka melalui Instagram mereka.
Malah, Aliff dan Shahida juga telah memadam foto terkini mereka berdua daripada Instagram masing-masing dan hanya tinggal beberapa sahaja foto lama.
Berikut antara kata-kata yang dimuat naik oleh Aliff dan Shahida :-
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Dalam perkahwinan memang banyak cabaran dan ujiannya bagi menguji kasih sayang dan kesetiaan setiap pasangan. Jika benar Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida sedang mempunyai masalah rumah tangga, cubalah selesai secara baik. Anda berdua sudah susah dan senang bersama, ingatlah kepada nasib anak-anak juga.
Related Posts:
Zombie La La La Penerapan Nilai Murni Dalam Diri
TEATER Zombie La La La merupakan sebuah karya terbaru CTRA Production, yang mana produksi ini tidak asing lagi dalam industri teater negara. Selepas beberapa kejayaan teater lain dibawah terbitannya seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan banyak lagi. Berkesempatan untuk menyaksikan teater ini di Istana Budaya, ternyata sentuhan Erma Fatima dan Siti Rohayah Attan tidak mengecewakan bahkan masih berbisa walaupun terdapat pertukaran pelakon pada saat-saat akhir. Ia bijak apabila gabungan antara pelakon lama dan baharu di atas pentas teater dapat menghidupkan lagi teater tersebut di samping dapat menutup kekurangan dan kelemahan yang ada. Dalam menghidupkan sesebuah teater, terdapat banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh para produksi dan juga pelakon-pelakonnya. MYNEWSHUB difahamkan, bagi pementasan teater ini masa yang singkat sahaja diperuntukkan untuk membuat latihan tarian, lakonan dan persediaan props, set serta kostum. Zombie La La La merupakan teater komedi yang menerapkan elemen jenaka ringan dan bertujuan untuk hiburan semata-mata. MYNEWSHUB percaya ia boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat sama ada kecil atau dewasa. Jalan ceritanya tidaklah berat atau susah untuk difahami. Ia mengisahkan sekumpulan zombie antaranya dari Malaysia, Thailand, Amerika Syarikat, Mesir dan Indonesia datang ke Kuala Lumpur setelah tahu terdapat formula yang akan memulihkan rupa paras mereka kepada asal. Antara pelakon yang menjayakan watak-watak dalam teater ini adalah Amar Baharin (Kapten Cook), Siti Saleha (Cleopapa), Hafreez (Elvis Pasola), Amy Mastura (Happy Witch), Zulin Aziz (Miss K), Janna Nick (Memang Nak) serta dua pelakon teater iaitu Mei Fin (Lili Poh) dan Rosnan Rahman (Patih Kurnia). Pada pandangan kaca mata kami, penglibatan Zulin Aziz dan Amy mastura dalam pementasan teater memang tidak asing lagi ditambah pula dalam menjayakan watak komedi yang merupakan mainan mereka. Bagi pendatang baru, gelagat Janna Nick sebagai Memang Nak memang mencuri perhatian dan sangat mencuit hati saya. Walaupun pertama kali dalam pentas teater, ternyata dia tidak kekok dan berjaya menghidupkan wataknya dangan baik sekali serta tidak tenggelam oleh pelakon yang lebih senior. Perwatakannya yang sentiasa bergelek dan diselitkan dengan lawak spontan membuatkan audiens yang datang terhibur dan mendapat tepukan yang gemuruh.
Related Posts:
Sirul Akhirnya BONGKAR Apa Kaitan Najib Dalam Pembunuhan Altantuya. Ramai Yg TERKEJUT [VIDEO]
Related Posts:
[AMARAN BAHAYA! Berdarah Hidung!] 10 Gambar Ehem2 Amyra Rosli Tersebar Dan Paling Bahaya
AMARAN BAHAYA!! BERDARAH HIDUNG..10 GAMBAR EHEM-EHEM AMYRA ROSLI TERSEBAR DAN PALING BAHAYA | Siapa
yg tidak kenal dengan artis Amyra Rosli yg semakin meningkat naik &
menjadi kegilaan peminat-peminat lelaki. Orang cantik katakan.
Rupanya
Amyra Rosli ni memang sgt cantik, kami paparkan 10 gambar ehem-ehem
Amyra Rosli yg di kongsikan utk tatapan semua peminat beliau.
Apa lagi jom lihat gambar Amyra Rosli yg boleh buat anda di luar sana angau tak sudah.
#Biodata Profil Amyra Rosli
#Nama sebenar: Nur Amira Izzati Rosli
Umur: 24 tahun (2015)
Tarikh lahir : 24 Ogos
Asal: Kuala Lumpur
Ibu: Noor Zaridah Ahmad
Adik-beradik: Anak sulung daripada empat adik-beradik
Pendidikan: Diploma teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara)
Duta: Aura White SkinSpa
#Antara Drama/Telefilem:
Suamiku Encik Sotong, Jodoh, Supermax, Warkah Cinta (TV AlHijrah), Cinta dan Wahyu
Related Posts:
VIRAL !!! 5 GAMBAR PELAKON MIA AHMAD YANG TIDAK BERTUDUNG, HOT & SEKSI SEMASA JADI PRAMUGARI AIRASIA
Viral Foto Butang Baju Terselak Mia Ahmad Bersama Kucing Tarik Perhatian Pengguna FB
#Siapa yang tak kenal dengan Mia Ahmad kan, mesti korang follow laman Instagram Mia.Ahmad yang mula popular dengan telenovela Hati Perempuan? Fuyooo, dengan 200 ribu pengikut di Instagram mustahil ada yang tak kenal lagi. Kecantikan yang dimiliki oleh pelakon ni buatkan ramai peminat yang ‘admire’ dengannya.Gadis manis ini kelihatan berseri-seri dan cantik sekali.
#Siapa sangka beliau rupa-rupanya merupakan anak jati Taiping dan seorang yang sangat pemalu
Related Posts:
Dikritik Hebat Kerana Pakaian Juliana Evans Yang Tembus Pandang Sewaktu Pertunjukan Fesyen Di Amerika
#Update, menerusi laman Instagramnya, wanita berusia 24 tahun ini telah memuat naik beberapa keping foto dirinya sebagai model catwalk di MODA 2014...
#Berkonsepkan busana Timur Tengah, Juliana yg dilihat semakin kurus itu telah menggayakan dress pendek berwarna merah jambu separa peha di pertujukan fesyen terkemuka itu...
Related Posts:
Viral Wajah Janda Gersang Pilih Jantan Muda
Related Posts:
Kisah Pengalaman Doktor Ain Merawat Birds Lelaki Yang Bengkak
![]() |
| gambar hiasan |
Gani main futsal mlm tu dgn kengkawan die,mse main die kne rembat kencang dgn pihak lawan..tepat kene zakar die..senak x ingat,memandangkan sakit & senak yg amat sgt die alami..die pon amik kputusan wat medical check up pada keesokkan ari nye..zakar gani membengkak La kaw2,udah di biar nye semalaman..esok,smpai nye di kLinik..maka berdialog la Gani dgn si doktor..doktor Ain,doktor pompuan beb,HOT pLak tu.. BACA LAGI DISINI
Related Posts:
Hajat Terakhir Tunku Jalil... Coretan Kisah Kasih Sayang Yang Tidak Kesampaian Membuat Kami Sebak
#~Maybe ramai tak kenal lagi dengan beliau, maka hari ini I olls nak perkenalkan seorang ahli kerabat diraja Johor, Y.A.M Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail.
#Orangnya tinggi lampai, badan agak kurus, tapi muka beliau sangat komersial. Biasalah, family kerabat Johor memang segak segak
belaka.
Related Posts:
GEMPAR!! Pasangan Kekasih Ini Kantoi Sedang Leka 'Main' Di Dataran N9 Sebentar Tadi...
14:25hrs N9 kantoi main di dataran palma negeri sembilan tgh hari td..[流汗][流汗][流汗] .. BODOH… ORG MACAM NI LA … YG SUKA BUANG BUDAK… LG 1 BANGANG DEA… MAIN KAT TEMPAT OPEN … APEHAL ??? TAK PAHAM AKU NGAN BUDAK ² ZAMAN SKUNK… APE NK JD PUN AKU TAK TAHU…copy paste
Related Posts:
GEMPAR!! Lelaki Ini Terdengar Budak Bawah Umur Menangis, Apa Yang Ditemuinya Amat Mengejutkan Sekali
#Lelaki Ini Terdengar Budak Bawah Umur Menangis seolah-olah sedang melakukan sesuatu, Apa Yang Ditemuinya Amat Mengejutkan Sekali !!!
Kisahnya bermula begini, pukul 3 pagi di sebuah RnR... [BACA PENUH]
Related Posts:
LUCU!! Kenangan Chef WAn Tak Kenal Siapa Tunku Jalil yang duduk Di Sebelahnya...
Saya sendiri yg mengenali beliau buat seketika itu pun terasa how down to earth and kind Tunku Jalil is
Related Posts:
Subscribe to:
Comments (Atom)































